~MaRdHaTiLlAh iNSpIrAsIkU~

Bismillahirrahmanirrahim..hidup dan matiku kerana NYA..APA YANG KULAKUKAN HANYA MENDAMBAKAN REDHA DAN KASIHNYA..YA Allah!Kau jadikanlah ini satu usaha untukku memperbaiki dr dan berdakwah…redhaMU yg kucari..”Barangsiapa amlannya ikhlas kerana Allah, Allah jadikan hati2 orang mukmin ikhlas untuk mengasihinya-S.Ali” —-Pesan pada DIRI tabahkan hati kuatkan semangat,pesan pada HATI, kukuhkan IMAN,bykkan ZIKRULLAH,pesan pada NALURI jgn mengeluh dan kecewa..tiada daya dan rezeki selain dari ALLAH—..(^_~)

~hadis lagi=)~

syukran kat dik akmal ats hadis bermanfaat ni..really appreciated it=)

1.Jaminan yg hebat!…


 Daripada Abu Zuhair iaitu Umarah bin Ruwaibah r.a., katanya: “Saya mendengar Rasulullah  
       s.a.w. bersabda:

“Tidak akan masuk neraka seseorang yang bersembahyang sebelum terbitnya matahari dan sebelum terbenamnya, ” yakni shalat Subuh dan shalat Asar.

(Riwayat Muslim)

2. Menghalau jin dan makhluk jahat

Daripada Abu Said al-Khudri r.a., katanya: “Rasulullah s.a.w. dahulunya selalu berta’awwudz (mohon perlindungan kepada Allah) dari gangguan jin dan “mata manusia”, sehingga turunlah dua surat mu’awwidzah (iaitu surat-surat Qul a’udzu birabbil falaq dan Qul a’udzu birabbin nas.) Setelah kedua surat itu turun, lalu beliau s.a.w. mengambil keduanya itu saja (mengamalkannya) dan meninggalkan yang lain-lainnya. “

 



Diriwayatkan oleh Imam Termidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan.

 



3. Surah yang mempunyai syafaat

Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Di dalam al-Quran ada sebuah surat yang mempunyai tiga puluh ayat. Surat itu dapat memberikan syafaat kepada seseorang sehingga orang itu diampuni, iaitu surat Tabarakal ladzi biyadihil mulk - yakni surat al-Mulk.”

Diriwayatkan oleh Imam-imam Abu Dawud dan Termidzi dan Termidzi mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan shahih.
4.   

Satu Per Tiga Al-Quran

4.   
Daripada Abu Said al-Khudri r.a., bahwasanya Rasulullah s.a.w. bersabda mengenai surat Qulhuwallahu ahad (yakni surat al-lkhlas), iaitu: “Demi Zat yang jiwaku ada di dalam genggaman kekuasaan-Nya, sesungguhnya surat al-lkhlas itu nescayalah menyamai sepertiga al-Quran(pahala membacanya.) “

 



Dalam riwayat lain disebutkan: Bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda kepada sahabat-sahabatnya: “Apakah seseorang di antara engkau semua itu akan merasa lemah (tidak kuat) untuk membaca sepertiga al-Quran dalam satu malam?”

Tentu saja hal itu dirasakan berat oleh mereka dan mereka berkata: “Siapakah di antara kita semua yang kuat melakukan itu, ya Rasulullah?” Kemudian beliau s.a.w. bersabda: Qul huwallahu ahad Allahush shamad adalah sepertiga al-Quran (yakni pahala membacanya menyamai membaca sepertiga al-Quran itu.)”

(Riwayat Bukhari)
5.   Pahala…petunjuk atas kebaikan


Daripada Abu Mas’ud iaitu ‘Uqbah bin ‘Amral-Anshari al-Badri r.a., katanya: “Rasulullah s.a.w. bersabda:


“Barangsiapa yang memberikan petunjuk atas kebaikan, maka baginya adalah seperti pahala orang yang melakukan kebaikan itu.”

(Riwayat Muslim)

Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Barangsiapa yang mengajak ke arah kebaikan, maka ia memperolehi pahala sebagaimana pahala-pahala orang-orang yang mengikutinya, tanpa dikurangi sedikitpun dan dari pahala-pahala mereka yang mencontohinya itu, sedang barangsiapa yang mengajak ke arah keburukan, maka ia memperolehi dosa sebagaimana dosa-dosa orang-orang yang mengikutinya, tanpa dikurangi sedikitpun dari dosa-dosa mereka yang mencontohnya itu.”

(Riwayat Muslim)

-kita & dia-

“Kita makan sedap-sedap, dia tiada makanan..tapi dia bersyukur..

Kita ada rumah, dia cuma ada pondok..tapi dia bersyukur..

Kita cukup anggota, dia kurang upaya..tapi dia bersyukur..

Kita sihat, dia selalu sakit..tapi dia bersyukur..

Kita boleh lihat, die buta..tapi dia bersyukur…

Kita boleh bercakap, dia bisu..tapi dia bersyukur..

Kita boleh mendengar, dia tidak..tapi dia bersyukur..

Kita hidup selesa, tapi dia terpaksa merempat..tapi dia bersyukur..

Jadi, kita lagilah perlulah bersyukur..camne nak syukur? kenalah solat,puasa, buat baik kat mak abah, dengar cakap kakak tau..kerana setiap diri kita ni istimewa di sisiNya dengan tingginya amalan bukan kekayaan=)  “…Putri pun menganngguk, faham..

~Usai sesi dialog antara aku dengan Putri (adik bongsu)…

Putri yang monyok, baru bgn tido(^_^)

..ALLAH yang al-Wahhab…

 

Sudah menjadi rutin sbelum tidur, pasti buku akan dibaca buat penglipur lara dan muhasabah sebelum mata terpejam..mudah-mudahan jika mata ini tidak lagi terbuka esok hari, Allah kira amalan ku ini sebagai 1 usaha perbaiki diri..buku yang kubaca semalam betul2 menginsafkan, walaupun dah berkali2 kubaca namun, tak pernah jemu nak menatapnya; buku itu bertajuk ‘Aku Terima Nikahnya’..isinya banyak berkisar asam garam rumahtangga tapi kuambil pedoman di sudut lain itulah; SIFAT ALLAH YANG AL-WAHHAB.. yang cukup buatku sedar bahawa betapa Allah Maha Penyayang, iaitu sifat Allah yang Maha Pemberi..Allah memberi dengan kasih sayangNya, kerana jika Dia hanya memberi atas amalan kita, cukupkah syarat semua amalan kita itu untuk mendapat balasannya..contohnya solat..jika Allah mensyaratkan untuk mendapat nikmat penglihatan, harus solat khusyu’ maka layakkah kita mendapatnya???sebab itulah, dikatakan Allah memberi tanpa syarat melalui 5;

1. Allah memberi tanpa mengharap balasan..

2.Allah memberi tanpa diminta..

3.Allah memberi dengan berulang-ulang bukan berkala..

4.Allah memberi perkara yang sangat berharga buat kita seperti nyawa,Islam, ibubapa dll..

5.Allah memberi semua hal kebaikan kepada kita..

Maka, bersyukurlah atas nikmatNya dengan mendidik diri menjadi insan yang taqarrub padaNya..insyaAllah(^_^)

~CAHAYA CINTA ~

Normalnya, setiap bulan atau tahun, ada lagu tema yang sering ku ulang-ulang kerana digemari dan disukai dengan tujuan tertentu…cahaya cinta kuharapkan pada Allah dan rasul melebihi segalanya..

Cahaya Cinta

Artist: UNIC
Song Category: Nasyid
Desiran angin yang bertiup
Membawa bersama khabaran rindu
Membisikkan kata-kata
Menjelmakan cintaku padanya

Cintamu tulus setia
Kasihmu tiada tara
Bertakhta buat selamanya

Di tugu kasih dan sayang
Kau ukirkan keimanan
Moga bertemu keredhaan

Gemilang cahaya cinta
Kemilau pancawarnanya
Bagaikan kejora
Kudus sinarannya mendamai jiwa

Apakah kan ku temui
Insan semulia pekerti
Setandingmu kasih
Di alam semesta yang fana ini

Ku serahkan kepada Tuhan
Sebuah harapan bernama doa
Membisikkan kata-kata
Menjelmakan rinduku padanya
Kepadanya…

Semoga kan menyala api cinta setia
Terus membara selamanya

Cahaya cinta kekasih Allah
Sinarannya buat semua

pesanan dari dia…

Tolong beritahu si dia aku ada pesanan buatnya..
Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya..
Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..

Tolong nasihati dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..
Tolong nasihati si dia,jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..
Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..

Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..

Tolong ingatkan si dia. Aku terpikat kerana imannya bukan rupa..
Tolong ingatkan si dia. Aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..
Tolong ingatkan si dia aku kasihinya kerana santunnya..

Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya..
Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya..

Tolong sedarkan si dia. Aku milik Yang Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia. Aku masih milik keluarga..
Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..

Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..
Tolong sabarkan si dia, bila jarak mejadi penyebab bertambah rindunya..

Tolong pesan padanya. Aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..
Tolong pesan padanya. Aku tak mahu menjadi punca kegagalannya..
Tolong pesan padanya aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..

Tolong khabarkan pada si dia. Aku tidak mahu melekakan dia..
Tolong khabarkan pada si dia. Aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..
Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku..

Tolong sampaikan pada si dia. Aku mendambakan cinta suci yang terjaga..
Tolong sampaikan pada si dia,cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa..
Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri…

Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia..SesungguhnyaMu Ya Allah yang mengetahui apa yang terbaik buat hamba-hambamu..Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan dimana si dia.. Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya.. Simpanlah pesanan ku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti…

Praktikal…

bersama dik fiza

bersama dik fiza

Alhamdulillah, genap 1 bulan sudah berpraktikal di Hospital Seri Manjung…

Aku ditempatkan di Makmal Patologi HSM dan akan menjalani latihan di 6 unit iaitu Serology lab,Blood bank, Microbiology lab, Clinical lab (Urine,hematology dan histo cytology), Biochemistry lab dan admin..Staff seramai 32orang terlalu baik hati dan banyak membantu antaranya k.Hazel yang lembut,k.zulfa yang comel,k.linda yang sempoi, makcik mas yang sabar,faizal yang peramah, encik zul yang tegas dll…luv u all=)

bersama zahir & dila di mikrobiology lab

bersama zahir & dila di mikrobiology lab

Memang best bila kami seramai 23orang pelajar dari pelbagai IPT dan bangsa berkumpul berpraktikal disitu (Fiza,Su,Hajar,Hanita dari PTPL,Koh,Goh,Mei Lee,Saiful,Dila,Akma dari UKM,Zahiruddin dari UPM,Adawiyah dari USM,Neesa,Thiviyah,Yuha dan Pravina dari MSU,Nurul dari UM,Fatin dari UNIMAS,Sritha dari UNISEL dll yang tak tersebut) ..Kami dah macam adik-beradik walaupun kurang 2minggu berkenalan, dan paling suka menyakat tentulah si Zahir yang digelar ‘adik manja’…ade je cerita dan lawak yang buat kami tak kering gusi melayannya..awet muda la camni asyik gelak je hehe=)

sedang culture sample

sedang culture sample

Bermacam-macam pengalaman ditimba termasuklah screening test, diagnosis penyakit dan punca-puncanya, mobile blood donation at PLKN teluk rubiah, culture and sensitivity test of microorganism, dll…

yang paling terkesan bila melihat postmortem mayat yang disebabkan kemalangan..kami difahamkan setiap kemalangan perlu menjalani postmortem kerana ia adalah kes polis…melihat keadaan mayat seorang perempuan 13tahun yang dilanggar mati ketika berbasikal oleh sebuah kereta, terasa sayu dan hiba…masih kecil pun Allah boleh ambil nyawa sekejap cuma…bersediakah aku andai aku ditempatnya???

Postmeortem dijalankan di bahagian kepala kerana doktor mengesyaki kematian disebabkan pendarahan otak…tak tertahan melihat keadaan mayat yang digerudi,dipotong dan disiat kepalanya macam patung,alangkah seksanya si mati diperbuat begitu fikirku…namun, itulah manusia, hanya hambaNya yang kerdil hilang nyawa, siapalah kita, cuma jasad seperti patung tidak berguna…aku betul2 menginsafi, setiap saat perlu ku penuhi dengan amalan dan kematian itu mendekati hari demi hari…

syukur atas kesempatan ini ya Allah!

~CAMPUS LIFE~

Sebelum exam, semua gembira dah habis kelas..semasa exam, suram dalam kekhusyukkan, fokus dlm study diutamakan….selepas exam, seronok tak terkata, riuh-rendah dengan cerita dan pengalaman…tak kurang juga yang komen soalan..apapun yang dah lepas tetap tak akan berulang…kecewa atau suka macammanapun, Allah lebih berhak menentukan yang terbaik untuk kita…(”,)

Maka, ingatlah diriku dan teman-teman…sebanyak mana kita telah membaca,segigih mana kita telah berusaha,selama mana kita telah berjaga,setulus mana kita telah berdoa, semuanya adalah untuk berjaya namun, berserahlah padaNya kerana Dia lebih tahu selayaknya untuk kita…

“YA ALLAH, SEKIRANYA KEGAGALANKU MEMBAWA FITNAH KPD ISLAM DAN PERJUANGAN, MAKA KAU CEMERLANGKANLAH AKU DLM SETIAP PERKARA…DAN SEKIRANYA KEJAYAANKU MEMBUAT AKU JAUH DARIMU, ISLAM DAN PERJUANGAN, MAKA KAU LEBIH BERHAK MENENTUKAN APA YANG TERBAIK UNTUKKU..KERANA AKU IMANI TIADA APA YANG KAU TAKDIRKAN SIA-SIA UNTUKKU MELAINKAN ADA HIKMAH YANG BELUM TERSINGKAP NILAINYA!”=)

ALHAMDULILAH, SUBHANALLAH, ALLAHUAKBAR….

Tak terungkap perasaan gembira seusai exam hematology (paper paling susah 4CH)…namun, tergambar di benak cabaran yang harus kutempuhi apabila memasuki final year nanti…tak boleh main-main, tak boleh berangan, tak boleh buang masa…perancangan dari sekarang amat perlu dalam mengatur langkah ke destinasi yang dituju…perlu muhasabah, perlu bulatkan nekad, kuatkan azam, susun strategi untuk kecemerlangan masa depan..DARI SEKARANG!!!

“fail to plan is plan to fail”

Kematangan, bakat, skill, kemahiran, ilmu pengetahuan semua perlu di pertingkatkan untuk menyiapkan diri ke alam pekerjaan nanti…sungguh, aku tak sabar menjalani praktikal di HOSPITAL SERI MANJUNG minggu depan…mudah-mudahan Allah permudah segala urusan…moga-moga segala pengalaman dan ilmu yang akan kupelajari nanti dapat dimanfaatkan sepenuhnya…

“we are what we believe!”

Mengejar kejayaan dunia jangan dipinggirkan keutamaan kesejahteraan akhirat…kita semua sama yang beza adalah nilai ketaqwaan…

sampai saat ini, tersenyumlah dengan segala yang diberi, biar menangis itu lambang keinsafan, ketawa itu lambang kesyukuran…Kita tak mampu sehingga sekarang tanpa bantuan dan rahmatNYA… 

Sahabat-sahabat yang disayangi, tinggal setahun masa berbaki untuk kita bersama…biarlah kita jauh tapi ada rindu yang terisi doa disitu…sama-sama kita curi peluang selagi ada untuk menjadi mahasiswa soleh dan solehah, insyaAllah…alhamdulillah dan syukran atas bantuan dan sokongan sahabat-sahabat..

Kehidupan dikampus, cuma persinggahan sebelum ke alam pekerjaan…kehidupan remaja adalah persediaan ke alam dewasa…kehidupan bujang penantian ke alam rumahtangga…dan kehidupan dunia adalah perteduhan sebelum perjalanan ke alam akhirat… 

CUKUPKANLAH BEKALAN SEBELUM KE PERHENTIAN BERIKUTNYA, WAHAI DIRIKU DAN TEMAN…

Wallahu’alam..=)

-apa yang harus ku perbaiki?-

Tarbiyah lah oh diriku…

~Erti Hidup Pada Memberi?~

Alhamdulillah pada 8 Mac 2009 (ahad) terlakar sejarah dalam hidupku apabila bersua muka dengan blogger terkenal Ustaz Hasrizal…Syukur pada Allah, kini aku mengerti apa itu ‘Hidup untuk memberi’?

Pengorbanan

Seringkali kita di sogok dengan kata-kata taujihad berjuang memerlukan pengorbanan…berkorban menjadi asas kesediaan kita dalam berjihad..apa yang kita perjuangkan?menegakkan Islam, membenarkan Islam, berdakwah tentang risalah Islam..segalanya tentang Islam… Moga kita tidak tergolong dalam golongan yang dibiarkan leka oleh Allah:

“dan agar hati kecil org2 yang tidak beriman kpd akhirat tu, dan menyenanginya dan agar mereka melakukan apa yang biasa mereka lakukan”(an’am:113)

Namun, terfikirkah kita atas sebab apa kita bersedia dan sanggup memperjuangkan Islam ini? Demi pahala, syurga Allah, dan keredhaanNya..

Jawapannya, kerana ia suruhan Allah..FirmanNya:

“Dan hendaklah di antara kamu ada segolongan orang yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada ma’ruf dan mencegah dari yg mungkar.dan mereka itulah orang yang beruntung”(ali-imran:104)

Kewajipan

Apabila suruhan Allah, maka ia 1 kewajipan..

Ustaz Hasrizal menyebut,”Apabila setiap pekerjaan kerana kewajipan,maka kita akan rasa terbeban untuk bekerja seperti berdakwah dan berjihad. Perjuangkan Islam bukan kerana tuntutan semata-mata tapi kerana tuntutan menjadi semangat kita…Bila kita bekerja untuk memberi, kita akan rasa gembira untuk beri ’sesuatu’ kepada orang lain”

Kesannya, kehidupan ustaz penuh keseronokan kerana setiap saat dan waktu yang dia luangkan untuk orang lain terasa bererti..tiada lagi keluhan kerana keletihan kerana keberkatan disitu ada…Lillahi ta’ala..apabila kita menjaga hablumminallah, maka terpancar keindahan hablumminnas..

Hidup ini hanya sekali untuk kita nikmati..maka harus kita penuhi sebaiknya..yang dah bermula dengan baik, maka teruskan pelarian dalam kehidupan..yang belum masih ada waktu untuk memperbaiki kelemahan…dalam apa juga cara muhasabah diri untuk menjadi hambaNya yang lebih disayangi..

‘Mencari diri’? silakan mencari diri tetapi, harus ingat tak perlu memencilkan diri kerana kita perlukan sahabat2 dan teman sekeliling untuk mengubah diri kita itu…jaga hati insan perlu seiring dengan menjaga hubungan Pencipta insan…

Setelah berusaha, bertawakallah kerana Allah lebih berhak menilai dan menentukan segalanya…

Firman Allah:

“Dan milik Allah meliputi rahsia langit dan bumi dan kepadaNya segala urusan dikembalikan.Maka sembahlah Dia dan bertawakallah kepadaNya.Dan TuhanMu tidak akan lengah terhadap apa yang kamu kerjakan”(yusuf:123)

..kehidupan ini…

Lama benar rasanya tak mencoret dalam blog kesayangan ni, setiap luahan dan tulisan menjadi inspirasi mencari mardhatillah InsyaAllah…bukan meluah pd yg tak mahu mendengar, aku menulis dengan pengharapan Dia ada di sisiku buat mengisi ketenangan hati…

Ketabahan amat perlu dalam mendidik jiwa..Pejuang tak boleh sedih kerana itu lumrah yang harus ditempuhi…

MUHASABAH CINTA (ED COUSTIC)

Wahai pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMU
Ku pasrahkan semua pada MU

Tuhan, baru kusedar
indah nikmat sehari itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMU

*Kata-kata cinta terucap indah
mengalir berzikir di kidung doaku
Sakit yg kurasa biar jadi penawar dosaku

*Butir2 cinta air mataku
Teringat semua yg Kau beri untukku
Ampunilah salah selama ini
Ya ILLAHI
Muhasabah cintaku…

Tuhan, kuatkan aku
Lindungi ku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku dgnMU..